Monday, October 31, 2011

Tentang Masjid Bulat

Perihal Masjid
Masjid ini dinamakan Masjid Tun Abdul Aziz sebagai menghormati dan menghargai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Aziz, seorang tokoh dan anak watan Selangor kepada negeri Selangor dan negara.
Allahyarham Tun Abdul Aziz adalah Menteri Besar Selangor pada tahun 1954, wakil raja-raja Melayu dalam rombongan Merdeka ke London (1956) dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan pusat sebelum berkhidmat sebagai Gabenor negeri Melaka (1971-1975).
     
Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 25hb Februari 1977.
Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Bulat berdasarkan rekabentuknya dan dikelilingi oleh Jalan Dato’ Abdul Aziz, Jalan 14/20 dan juga Jalan Semangat. Sewaktu pembinaan dan di tahun-tahun awal penggunaan masjid ini, jalan masuknya adalah melalui Jalan Semangat. Arus pembangunan yang pesat mengubah lanskap Seksyen 14 menjadi sebuah kawasan perumahan dan pusat komersil yang sibuk. Pintu masuk di jalan 14/20 yang kini kerap digunakan dahulunya adalah jalan dan pintu belakang ke Masjid Bulat.
Kerja-kerja pembinaan masjid ini bermula pada bulan Mac 1973 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 1976. Solat Hari Raya Eidul Fitri pertama kali diadakan pada 25hb September tahun yang sama.
Kos pembinaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. Masjid ini memegang status sebagai masjid kariah, di mana urusan mentadbir dan menyenggara adalah di bawah jawatan kuasa tadbir masjid. Manakala kos penyenggaraannya adalah melalui sumbangan dana serta derma orang perseorangan, badan dan organisasi swasta dan kerajaan.
    
Masjid ini telah dibina untuk memenuhi keperluan ahli kariah dari kawasan-kawasan perumahan seksyen 11, 12, 13, 19, 20, SS2 serta 21 (SEA Park). Pada satu-satu masa masjid ini boleh menempatkan seramai 3,000 orang jemaah lelaki dan 600 orang jemaah wanita. Bagaimanapun kadar kehadiran jemaah berubah dari masa ke semasa.
Selama 10 tahun yang pertama, Nazir masjid telah dilantik dari Yang di Pertua, LBPJ (kini MBPJ) terdiri dari Allahyarham Idris bin Hj Mohd Noor, Allahyarham Abdullah bin Hj Sattar dan Johan bin Shamsuddin. Jais pula telah meminjamkan 3 orang pegawainya iaitu imam, bilal dan siak untuk bertugas di masjid.
Mulai tahun 1986, bidangkuasa perlantikan Nazir dan AJK telah diserahkan kepada ahli kariah. Nazir pertama yang dilantik melalui undian ahli kariah adalah Tuan Haji Abas bin Abdul Rashid (bulan Nov 1986 - Julai 1988).
Nazir kedua yang dilantik adalah Ybhg Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Majid (1988 - Julai 2009).
Perubahan dasar iaitu garis umur Nazir dan AJK tidak melebihi 60 tahun telah ditetapkan JAIS pada tahun 2009. Sehubungan itu, satu pilihan ahli jawatankuasa baru telah dibuat oleh ahli kariah.
Nazir baru yang dilantik adalah Ybhg Dato’ Prof Dr Zulkifli bin Hj Mohd Yusof. Melalui kebijaksanaan dan hemah, Dr Zulkifli berjaya mendapat kelulusan JAIS untuk menubuhkan satu panel exco merangkumi pelbagai biro yang bertanggungjawab merangka pelan-pelan induk untuk meningkatkan prestasi masjid. Manakala ahli panel dilantik boleh melebihi garis umur 60 tahun. Kerana itulah pentadbiran AJK masjid ini berbeza dari masjid-masjid yang lain.

1 komentar

A Dis-concerted Neighbor said...



The " Tun Abdul Aziz Mosque "
in Petaling Jaya (PJ) district,
should SERIOUSLY consider,
to stop playing
Qur'anic recitation MP3's,
on the loud-speaker system
(for approximately a quarter of an hour;
by 4 times a day),
prior to the Call to Prayer
(' Aadhan ').


Just do a Quick Search, on the Internet,
about the Mosque,
& the following search items
will appear :


" masjid bulat pj bising "
" tun abdul aziz mosque is noisy "
" masjid tun abdul aziz bising "
" masjid tun abdul aziz pj bising "
" masjid bulat bising "


- - -


[Q # 1] What special ' authority ' do They
( ' the management ' ) think They have,
to force every man, woman & child
(regard-less of creed),
to listen to Qur'anic recitation,
coming from Their own mouths ?


[Q # 2] Shouldn't Qur'anic recitation
be an act of worship
by an individual Muslim;
& not a source of public ' nuisance '
to the surrounding communities ?


- - -


Numerous Qur'anic verses &
Prophetic narrations can be found,
reminding the Muslims,
against un-justly treatments
to his / her neighbors.


Please, stop depriving Us,
of Our in-disputable rights,
to enjoy some peace & tranquility,
in the comfort & luxury
of Our OWN homes.

Just a " soft reminder " to You.


Sincerely,

– Thy Dis-concerted Neighbor ·


.
.
.